Jahitan

Anda semua berminat tak tentang jahitan??best tau kalau dah tau menjahit..seronok menjahit..mula-mula tu memang la anda akan rasa tension n fedup nak blaja semua benda ni..tapi lama-lama nanti ok la ..hhe..so..jum la rajin-rajinkan diri anda baca blog saya ni..

Sunday, July 4, 2010

Saturday, July 3, 2010

Cara Penjagaan Gunting jahit

Cara penjagaan gunting jahit:
1. Gunting hendaklah selalu ditutup matanya apabila tidak digunakan dan tutup dengan penutup gunting yang selalunya diperbuat daripada flanel.

2. Simpan gunting selepas digunakan pada tempat yang disediakan.

3. Elakkan gunting daripada jatuh dan terkena api kerana ini akan menghilangkan kuasa magnetnya dan menyebabkan gunting tumpul, hujung gunting juga akan patah.

4. Jangan gunakan gunting yang telah dikhaskan untuk fabrik bagi menggunting kertas kerana ini akan mengakibatkan gunting tumpul.

5. Untuk menggelakkannya daripada berkarat, gunting hendaklah sentiasa kering dan selalulah bubuh minyak terutama pada sendinya. Gunting yang berkarat akan merosakkan fabrik.