Jahitan

Anda semua berminat tak tentang jahitan??best tau kalau dah tau menjahit..seronok menjahit..mula-mula tu memang la anda akan rasa tension n fedup nak blaja semua benda ni..tapi lama-lama nanti ok la ..hhe..so..jum la rajin-rajinkan diri anda baca blog saya ni..

Sunday, July 4, 2010

Saturday, July 3, 2010

Cara Penjagaan Gunting jahit

Cara penjagaan gunting jahit:
1. Gunting hendaklah selalu ditutup matanya apabila tidak digunakan dan tutup dengan penutup gunting yang selalunya diperbuat daripada flanel.

2. Simpan gunting selepas digunakan pada tempat yang disediakan.

3. Elakkan gunting daripada jatuh dan terkena api kerana ini akan menghilangkan kuasa magnetnya dan menyebabkan gunting tumpul, hujung gunting juga akan patah.

4. Jangan gunakan gunting yang telah dikhaskan untuk fabrik bagi menggunting kertas kerana ini akan mengakibatkan gunting tumpul.

5. Untuk menggelakkannya daripada berkarat, gunting hendaklah sentiasa kering dan selalulah bubuh minyak terutama pada sendinya. Gunting yang berkarat akan merosakkan fabrik.

Wednesday, June 16, 2010

my video

introduction

Elloww...nice to c u all....anyway thanks kepada sapa-sapa yang telah melayari my blog...
Nak tau tentang gunting yang biasa digunakan oleh tukang jahit?? Pasti anda tak tau kan??kalau tau pun tu mesti gunting- gunting yang biasa anda lihat sahaja kan..hehe...k la..kalau camtu jum la explore my blog ....banyak yang anda akan tau nanti pasal gunting tukang jahit...

Jenis-jenis gunting














Terdapat 3 jenis gunting yang digunakan dalam jahitan:

i. Gunting Kelim dan Gunting Benang
> Gunting ini mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menggunting kelim.
> Panjang gunting yang paling sesuai digunakan adalah 15 cm.
> Apabila hendak memilih gunting kelim dan gunting benang, pilihlah yang berkualiti
serta tidak boleh berkarat.
> Seboleh- bolehnya eloklah diuji dahulu matanya dengan menggunting sepotong
fabrik yang dilapis dua.
> Jika ada benang- benang fabrik yang tidak terpotong ini bermakna bahawa gunting itu tidak bagus.
>Hujung gunting hendaklah tajam.

ii. Gunting Bergerigi
> Gunting bergerigi (pinking shears) mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung.
> Biasanya gunting ini digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan mengelakkanya daripada berjerumbai.
> Panjang gunting ini yang biasa digunakan adalah di antara 4-25 cm.
> Jika gunting ini lebih panjang maka lebih dalam lagi giginya.


iii. Gunting Lubang Butang
> Gunting lubang butang direka untuk menebuk lubang- lubang butang dengan tepat mengikut ukuran yang dikehendaki.
> Panjang lubang butang dikawal oleh skru yang terdapat pada gunting ini.
> Biasanya panjang gunting jenis ini ialah 6-8 cm.