Jahitan

Anda semua berminat tak tentang jahitan??best tau kalau dah tau menjahit..seronok menjahit..mula-mula tu memang la anda akan rasa tension n fedup nak blaja semua benda ni..tapi lama-lama nanti ok la ..hhe..so..jum la rajin-rajinkan diri anda baca blog saya ni..

Wednesday, June 16, 2010

Jenis-jenis gunting














Terdapat 3 jenis gunting yang digunakan dalam jahitan:

i. Gunting Kelim dan Gunting Benang
> Gunting ini mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menggunting kelim.
> Panjang gunting yang paling sesuai digunakan adalah 15 cm.
> Apabila hendak memilih gunting kelim dan gunting benang, pilihlah yang berkualiti
serta tidak boleh berkarat.
> Seboleh- bolehnya eloklah diuji dahulu matanya dengan menggunting sepotong
fabrik yang dilapis dua.
> Jika ada benang- benang fabrik yang tidak terpotong ini bermakna bahawa gunting itu tidak bagus.
>Hujung gunting hendaklah tajam.

ii. Gunting Bergerigi
> Gunting bergerigi (pinking shears) mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung.
> Biasanya gunting ini digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan mengelakkanya daripada berjerumbai.
> Panjang gunting ini yang biasa digunakan adalah di antara 4-25 cm.
> Jika gunting ini lebih panjang maka lebih dalam lagi giginya.


iii. Gunting Lubang Butang
> Gunting lubang butang direka untuk menebuk lubang- lubang butang dengan tepat mengikut ukuran yang dikehendaki.
> Panjang lubang butang dikawal oleh skru yang terdapat pada gunting ini.
> Biasanya panjang gunting jenis ini ialah 6-8 cm.

No comments:

Post a Comment